Isnin, 24 Oktober 2016

TM tingkat kelajuan jalur lebar tanpa kenaikan harga pakej


TELEKOM Malaysia Bhd (TM) akan meningkatkan kelajuan jalur lebarnya di seluruh negara mulai tahun depan melalui Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar untuk 2017 tanpa menaikkan harga pakej.

Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, penambahbaikan itu secara tidak langsung akan mengurangkan kos megabit per saat (MBPS) sehingga 78 peratus.

Katanya, pelan itu pada peringkat awal akan memanfaatkan pelanggan TM di kawasan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan jalur lebar pinggir bandar.

"Bajet 2017 telah membincangkan langkah-langkah khusus bagi mengukuhkan dan memajukan ekonomi digital dengan tujuan untuk meningkatkan kemakmuran negara secara seimbang, adil dan inklusif.

"Tambahan fokus dalam meningkatkan liputan, kualiti dan kemampuan akan mencipta laluan ke arah merealisasikan perjalanan transformasi digital jangka panjang kami dan disokong dengan penumpuan," katanya dalam taklimat media mengenai inisiatif jalur lebar TM untuk 2017 di sini hari ini.

Di bawah inisiatif itu, Zamzamzairani berkata purata kelajuan jalur lebar bagi pelanggan UniFi di kawasan perumahan akan digandakan tetapi kekal pada harga yang sama, peningkatan ini akan dapat dinikmati secara berperingkat mulai tahun depan oleh pelanggan yang layak.

TM juga akan memperkenalkan pakej jalur lebar baharu dengan nilai yang lebih besar untuk pelanggan bukan Unifi mulai depan.

Setakat ini, TM mempunyai seramai lebih daripada 2.37 juta pelanggan jalur lebar, kira-kira 900,000 daripada mereka merupakan pelanggan UniFi.

Lebih daripada 60 peratus daripada pelanggan jalur lebar memilih pakej 4Mbps dan ke atas, manakala lebih kurang 68 peratus daripada pelanggan Unifi menggunakan pakej 10Mbps dan ke atas, ini mencerminkan penggunaan dan corak kelakuan para pelanggan.

Sementara itu, Zamzamzairani berkata kumpulannya sedang dalam perbincangan untuk merendahkan harga pakej tanpa mengurangkan kelajuan internet.

Bagaimanapun, perbincangan itu masih terlalu awal dan hanya akan dimuktamadkan dalam tempoh dua tahun akan datang, katanya. – Bernama

Rabu, 28 September 2016

Promosi Streamyx lagi MURAH! (Streamyzer Campaign) Bermula 1 OGOS 2016 – 31 DISEMBER 2016

Terbaharu dari TM.

Promosi bermula dari 1 OGOS 2016 sehingga 31 DISEMBER 2016.

Lebih Murah!!!


Jom DAFTAR Langganan Anda Di SINI

 Jom DAFTAR Langganan Anda Di SINI
Jom DAFTAR Langganan Anda Di SINI


Jom DAFTAR Langganan Anda Di SINI


FAQ : Streamyzer Campaign

1. S- Pakej apakah yang ditawarkan bagi kempen ini?
J- Streamyx :
a) Blockbuster Deal 2Mbps
b) Blockbuster Deal 4Mbps
c) Blockbuster Deal 8Mbps (HyppTV)

2. S- Siapakah layak melanggan pakej ini?
J- Pelanggan baru dari segmen kediaman (R10 – R70) layak untuk melanggan pakej yg ditawarkan.

3. S- Bilakah tempoh kempen ini bermula dan adakah kempen ini ditawarkan di semua wakil jualan TM?
J- Kempen ini bermula dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2016, dan kempen ini ditawarkan di semua wakil jualan TM; Reseller, TMpoint, TM Authorized Dealer (TAD), ILOVETM.

4. S- Apakah tawaran yang diberikan semasa kempen?
J- Tawaran yang diberikan ialah potongan harga bagi yuran langganan bulanan Streamyx, bagi pakej BlockBuster Deal. Potongan harga adalah seperti dibawah:

5. S- Bagaimana dengan kontrak langganan pelanggan?
J- Kontrak pelanggan masih tertakluk pada terma dan syarat di borang langganan Streamyx yang ditandatangani, 12 bulan bagi Streamyx 2Mbps & 4Mbps & 24 bulan untuk Streamyx 8Mbps

6. S- Bagaimanakah jika pelanggan menamatkan perkhidmatan Streamyx dalam tempoh langganan minimum?
J- Pelanggan akan di kenakan penalti sebanyak RM350 untuk Streamyx 2Mbps & 4Mbps dan RM 500 untuk Streamyx 8Mbps

7. S- Jika pelanggan melanggan Blockbuster Deal 1M, adakah mereka layak untuk mendapatkan potongan harga yang ditawarkan?
J- Tidak, tawaran adalah tertakluk kepada pakej :
a) Blockbuster Deal 2Mbps c) Blockbuster Deal 8Mbps (HyppTV)
b) Blockbuster Deal 4Mbps

8. S Bagaimana dengan pembayaran bil bulan pertama langganan?
J- Untuk bil bulan pertama adalah termasuk bayaran langganan satu bulan (dari tarikh pengaktifan perkhidmatan) serta pendahuluan bagi yuran langganan bulan ke-2 dan bayaran duti setem RM10.

9. S- Bolehkah pelanggan yang sudah melanggan kepada Streamyzer BB Deal 2Mbps meningkatkan kelajuan kepada pakej kelajuan yang lebih tinggi semasa dalam kontrak langganan?
J- Ya, pelanggan boleh membuat penukaran pakej kelajuan yang lebih tinggi semasa dalam kontrak langganan, sehingga kempen ini berakhir pada 31 Disember 2016.

10. S- Jika saya menghadapi masalah berkenaan pakej ini, dimanakah saluran yang boleh membantu saya?
J- Pelanggan boleh menghubungi 100 untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan pakej yang ditawarkan atau pelanggan boleh dating terus ke TMpoint yang berhampiran

11. S- Pelanggan yang melanggan melalui SLOF layak atau tidak?
J- Pelanggan yang melalui SLOF tidak layak untuk melanggan pakej ini ( kerana pelanggan SLOF layak untuk menerima satu bulan langganan percuma)

12. S- Sekiranya pelanggan sedia ada seperti pelanggan 4Mbps ingin meningkatkan kelajuan kepada 8Mbps atau (2Mbps kepada 4Mbps), adakah mereka layak untuk pakej ini?
J- Layak sekiranya kontrak bagi pakej 8Mbps diperbaharui dan sebaliknya bagi pakej 4Mbps ke 8Mbps

13. S- Bagaimana sekiranya pelanggan 8Mbps sedia ada ingin mengambil pakej BBDeal 8Mbps Streamyzer?
J- Pelanggan boleh melanggan kepada pakej BBDeal 8Mbps Streamyzer, dengan syarat frontliner menerangkan implikasi seperti, kontrak akan diperbaharui semula dan kemungkinan port tidak ada dikawasan kediaman sedia ada pelanggan.
Browser Pilihan adalah Google Chrome Untuk View Terbaik Website Ini